Wednesday 12 July 2017

Success Is A Product Of Failure :)

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah..lama dah rasanya tak menjenguk ke blog ni

tiba-tiba malam ni rasa teringin nak buat satu post baru

post pertama dalam tahun 2017 ni

harap follower and pembaca semua sudilah layan post saya ni ya!

"Success Is A Product Of Failure"

kata-kata ni saya pegang sepanjang saya berada di alam pembelajaran

kegagalan saya dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah sedikit mengusik jiwa saya untuk tidak lagi berada dalam situasi tersebut pada masa akan datang.

alam matrikulasi saya tempuhi (Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang/KMTPh)

sebuah alam pembelajaran yang lebih kurang sekolah tetapi lebih mencabar daripada itu.

assignment bertimbun timbun dicampur pula dengan kelas yang padat dari pagi sampai petang.

siapa agak-agaknya yang sanggup ambil risiko untuk masuk matriks ni?

kalau agak-agak dengan peraturan dan suasana belajar di sekolah pun tak mampu tahan, janganlah bercita-cita nak masuk matriks ni.

SERIES!
kepenatan belajar di matrikulasi tak dapat digambarkan. ada satu masa tu, saya hampir fade up nak hadap semua benda tu

mana taknya....saya memang rasa saya tak ada harapan lagi dalam bidang sains dicampur pula dengan trauma keputusan SPM yang mencatatkan semua B untuk subjek sains (chemist, physic) dan macam biasalah, addmath C

saya rasa tulah satu-satunya result saya untuk addmath yang saya pernah dapat

sebab tu sebenarnya saya tak berapa yakin untuk berada di alam matrikulasi yang dibina khas bagi membantu bumiputera untuk mempelajari bidang sains


namun, tekad dan azam yang kuat membantu saya untuk mengecapi kejayaan yang manis di matrikulasi

kepenatan belajar saya tolak tepi dulu. apa yang saya fikir cuma ingin membawa sebuah kejayaan yang saya gagal berikan pada mak ayah sewaktu SPM dulu.

assignment yang saya dapat bertimbun mengalahkan gunung everest tu saya jadikan sebuah medium untuk saya mengulangkaji pelajaran. sebab tu, setiap assignment yang saya dapat, saya akan berusaha untuk menyiapkannya sendiri.

STRUGGLE

ya! itulah perkataan yang tepat untuk gambarkan bagaimana saya ketika itu

usaha tak pernah hilang. usaha, usaha dan terus berusaha

kegagalan demi kegagalan saya tempuhi, mematangkan serta memberi saya inspirasi kepada saya untuk bangkit dari suasana tersebut

ALHAMDULILLAH

tekad yang kuat serta dorongan doa ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan telah  membawa saya ke pentas yang tidak saya sangka-sangka. Pencapaian yang tidak pernah terlintas di benak fikiran saya ketika itu, kini sudah berada dalam genggaman tangan.

4 FLAT

itulah dia keputusan yang diimpikan oleh setiap jasad bergelar pelajar peringkat pengajian tinggi.

dan ketika itulah, saya mula sedar, bahawa Success Is A Product Of Failure.