Sunday 3 November 2013

Kawan...Inilah Hakikat sebenar...


Assalamualaikum...saranghae..<--- [lain macam je bunyinya ni]...first of all..kita nak tanyalah, apa khabar pembaca-pembaca sekalian,,,sori ya, dah lama sangat tak update blog ni...maklumlah, calon PMR. Ops! salah CALON 9A. Sebelum tuh, da solat dhuha ke blom ni???? kalau blom ...pi solat dulu...at least baca la doa dhuha...
      Apa dia??? x tahu doa dhuha tu cane???erm...
.
.
.
.
.
.
.
.
orait...jom! kite doa kejap yer...
Ameeen~
        Alhamdulillah..selesai jugak berdoa...nak tawu tak?? kalau kita buat solat dhuha ni ...Allah akan murahkan rezeki kita semua...percayalah...ni bukan kita yang cakap tau! ni nabi Muhammad SAW yang cakap...Apa yang nabi cakap...semuanya wahyu daripada Allah. JAdi kalau kita mengingkari kata-kata nabi, itu bermakna kita dah mengingkari kata-kata Allah SWT. Ingat tu!
        Ok..selesai sesi tazkirah 5 minit bersama 'Ustaz' Faizi..[wek wek, apakah????]
Entry kali ni, kita nak ceritakan betapa beruntungnya kita jadi pelajar dalam kalangan tingkatan 3 2013 di SAMBestari.Kita akan ceritakan mula dengan form 1yer....
FORM 1
  • waktu tu 2011,kita rassa menyesal sangat kerana memilih SAMBestari sebagai destinasi pembelajaran peringkat menengah.Erm..jujurlah hari2kita nangis nak balik...hihihi...biasalah, homesick...dan tahun tu jugaklahtahun dimana kita paling benci ngan form kita sendiri. Rase macam form kita masa tu adalah form paling teruk kat dunia ni..(bukan sekolah lagi, terus DUNIA!!!). hahaha teruk btol~     ok, sambung cerita : sampai sekali tu kita rasa cam nak pindah sekolah...tapi akhirnya tak pindah pon..erm...itulah die gelagat waktu form 1...cam orang gile...waktu form 1 ni lah kita belajar menjadi seorang yang matang dari segi fikiran & waktu tu jugalah kita belajar menguatkan fizikal dan mental. herm,,,,kenangan yang sangat tak boleh dilupakan...
FORM 2
  • waktu form 2 ni, takde benda sangat pon, somungkin cerita ketika form 2 tak banyak, secara jujurnyya waktu form 2 ni, kita semakin hari semakin matang dalam berfikir. Kita dapat belajar macamane nak menyelesaikan sesuatu masalah. Actually time form 2lah, banyak masalah menimpakita. Waktu form 2, kitorg yang lelaki bergaduh ngan pompuan, time tu jugak perempuan nak merajuk ngan lelaki. Tapi, semuanya dapat ditangani dengan baik, kerana waktu tu, kami perlu melatih diri kami semua untuk bersikap profesional dalam menghadapi sesuatu masalah. Disini jugalah dapat membentuk kerjasama antara rakan sekelas mahupun rakan sebaya...<---ni bukan PRS {Pembimbing Rakan Sebaya}
FORM 3

  • ha..ni la waktu yang paling gembira. macam-macam bende dah kitorg lalui sepanjang kitorg jadi form 3. Bak kata kakak kita "waktu form 3 lah yang paling best". Hakikatnya, waktu form 3 memang best. Time ni, kitorg kene melatih diri kitorg semua untuk mempraktikkan segala apa yang kitorg dah belajar sepanjang tiga tahun untuk digunakan dalam menguruskan sesuatu.Ini bukan setakat PMR, kitorg juga terpaksa mempraktikkan sikap kerjasama yang dah lama kitorg bentuk (sejak dari Form 1 lagi) untuk digunakan dalam menguruskan MAKEAS [MAlam KEmuncak ASrama] <--- nampak tak akronimnya???
  • sehingga sekarang kenangan menguruskan MAKEAS masih terngiang-ngiang dalam fikiran. Hiasan dewan waktu tu kita ada simpan 1..hehehe...buat kenangan la katakan~berkat pertolongan Allah, dan kerjasama antara kami semua, berjaya juga majlis tu.ALHAMDULILLAH~
  • tapi, sebelum nak berjaya tu kitorg semuakene menempuh saat2 yang paling perit, saat stres, saat marah dan akhir sekali saat sedih. Dewan tu baru nampak terhias malam jumaat. Majlis bermula pada sabtu malam dan dewan baru nak nampak terhias malam jumaat tuh, tupon blom siapagi tuh! brudalam 60% siap. besok paginya, kenela struggle siapkan dewan tuh..herm...akhirnya dewan tu siap beberapa minit sebelum majlis bermula....GILA kan??? gila tak gila...majlis tu berjaya!!!! dapat sambutan kowt~ korg nak cakap apa ha???  hehehe..
selesai jugak kita menceritakan saat-saat indah kita sebagai pelajar SAMBestari sepanjang 3 tahun ni! Antara ketiga-tiga tahun tu...waktu FORM 3 la paling best...kita dapat hayati hadis rasulullah

"Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti diamengasihi dirinya sendiri"

         Justeru itu, sayangilah saudara-saudara dan rakan-rakan anda. mungkin anda tak dapat lihat manfaat mereka hari ni. tapi anda semua akan dapat lihat manfaat merekapada masa akan datang.Mungkin 10 tahun akan datang. Mungkin 20 tahun akan datang atau mungkin saat nafas terakhir anda. Percayala, setiap apa yang Allah cipta untuk kita itu, pasti ada faedah dan hikmah di sebaliknya, sebab tulah Allah berfirman :

لعلكم تفكرون
Sebelum akhir, usha-usha la gamba kat bawah ni......




























          Thanks sebab sudi baca...LOVE YOU!!!

Love You Friends
kawan-kawanku...nnti mungkin ade yg pindah kan....yang pindah tu...jgn lupakan kitorg yg x pindah ni yer...
Terimalah...