Saturday 14 September 2013

Perpaduan itu Penting ! ^^


Assalamualaikum WBT. Lame dah tak 'update' blog ni. Biasala..candidate PMR memang camni.. sebenarnya sekarang ni pon sedang kesebokan...PMR 2 OKT ni...sekarang ni pun da start kelas intensif...pecutan terakhir untuk PMR~

Walaupun sekadar PMR..tetap tak boleh buat memain..lagi-lagi ini adalah PMR terakhir...target sekolah pulak bukan main tinggi lagi... 1.00 kot...target tertinggi..maksudnya semua calon PMR 2013 kat sekolah tu kene dapat 9A...itu ialah satu cabaran yang terpaksa kitorang semua harungi..nasibla jadi BESTARIANS...sekolah hebat...so murid-murid nya kenela hebat jugak kan???


eh eh...kenapa rasenye kita semua ni da terpesong dari jalan yang lurus??? ok la...sebenarnya nak 'update' bende lain...ni la masalah utama penulis...suka sangat cakap benda yang tak de kene mengena ngan pembaca..ish3~


         Jadi...kita sebagai rakyat MALAYSIA...apa perasaan anda semua tentang Malaysia sekarang ni?? penulis rasa..harini negara Malaysia seolah-olah sudah tidak ada perpaduan antara kaum...masing-masing nampaknya tak sehaluan...kalau kita tengok sekarang ni kan...sejarah yang lama nampak seperti akan muncul semula...siapa masih ingat tentang peristiwa 13 MEI??? kalau siapa yang tahu dan masih ingat lagi peristiwa tersebut..nescaya dia takkan sanggup memecah-belahkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini...

         Penulis teringat akan satu khutbah pada satu hari jumaat..dalam khutbah tersebut khatib bercerita tentang masalah di MESIR, SYRIA dan PALESTIN. Khatib tu ada cakap sekiranya kita nak negara-negara tersebut berada dalam keadaan aman dan damai kembali...kite SEMUA kene buat 3 perkara:

  1. berpegang (beriman) dengan sepenuh hati kepada al-Quran...
  2. wujudkan ukhuwah FILLAH
  3. wujudkan kebiasaan sunnah nabi dalam kalangan keluarga...
       
khatib tu kata..andai kata ketiga-tiga perkara tersebut menjadi pegangan dan amalan kita seharian..InsyaAllah negara-negara tersebut akan kembali aman dan damai....

          Satu lagi perkara yang membuatkan penulis tersentuh ialah:
khatib tu cerita = satu hari ketika nak solat.. Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi yang merupakan seorang tokoh islam terkenal telah disoal oleh seorang wartawan Jazirah..." wahai doktor..apakah yang terjadi pada negara MESIR, SYRIA dan PALESTIN?? apakah yang terjadi dengan ulama'-ulama' mereka?? apakah yang terjadi pada doa umat islam??? adakah Allah sudah tidak memakbulkan doa-doa umat islam???"

Andai kata kita semua ditanya sebegitu rupa?? apa agaknya yang kita nak jawab yer??

tapi...betapa hebatnya Prof. ni...dia dengan spontan nye terus jawab soalan wartawan tersebut : "bagaimana doa umat islam mahu dimakbulkan sedangkan di antara mereka masih terdapat perbalahan dan tidak sehaluan...mungkin juga dalam kalangan jemaah ketika ini juga masih ada sifat tidak puas hati antara satu sama lain.. dan seperkara lagi..bagaimana doa umat islam mahu dimakbulkan sedangkan doa yang paling dimakbulkan ialah selepas solat subuh...lihat sahaja pada rumah-rumah Allah (masjid / surau)..berapa orang sahaja yang ada di masjid ketika solat subuh...??"

          cuba kita renung kembali apa yang dikatakan oleh Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi itu...



  1. macamane doa kita semua nak makbul kalau masih berlaku ketidaksefahaman??? macamane Allah nak makbulkan doa kat tempat yang berlaku perbalahan??? kalau tak de kesatuan hati dalam hati rakyat...macamane Allah nak makbulakn doa??? sorang doa ni..sorang doa tu....langsung tak sefahaman!!! [lihat gambar atas]

  2. apa yang terjadi dimasjid-masjid dan surau-surau ketika waktu subuh..kadangkala penulis pergi ke beberapa masjid...penulis hanya melihat masjid yang besar...pada waktu subuh cuma dipenuhi makmum sebanyak dua atau tiga saf sahaja.seperti kata prof. "doa yang paling dimakbulkan ialah doa selepas solat subuh". sebab itulah pada zaman Nabi..umat islam menang..kerana Nabi memaksa solat subuh secara berjemaah. sehingga satu ketika nabi kata dia akan bakar rumah siapa yang tak solat subuh berjemaah. takkan la zaman sekarang nak buat macam tu?? kalau boleh nak jer buat...tapi memikirkan perasaan rakyat Malaysia...tak sanggup untuk melakukannya...tapi jikalau masalah sekarang ini semakain besar..maka perlu diubah...ikut cara nabi..maka dunia ini akan aman kembali...orang yahudi kata...umat islam takkan dapat kalahkan diorang (orang kafir) sehinnga solat subuh mereka seperti solat jumaat..... Lihat??? orang kafir pun menggunakan solat subuh sebagai senjata mereka??
suasana solat subuh di Masjidil Haram


Mari kita imbas kembali ketika zaman Nabi Muhammad SAW.... ketika Rasulullah SAW berhijrah ke madinah... perkara utama yang dilakukan oleh Rasulullah ialah mempersaudarakan golongan Muhajirin dan golongan Ansar. Hasilnya...kekuatan islam semakin bertambah dan berkembang ke seluruh pelusuk dunia. itulah dia kekuatan perpaduan umat islam.

          Oleh itu umat islam sekalian..ayuhlah ubah diri kita. sesungguhnya ayat-ayat Allah itu benar. ayuh koreksi diri kita. umat islam di mesir, syria dan palestin sangat memrlukan bantuan kita. penulis disini sangat terharu melihatkan keadaan yang berlaku di negara-negara tersebut. Seksaan demi seksaan mereka terpaksa hadapi.. hentaman-demi hentaman terpaksa mereka harungi. setiap hari telinga mereka mendengar bunyi letupan bom.. jangan hanya tahu memeluk tubuh tanpa memikirkan masalah yang berlaku di luar sana.. jangan hanya tahu duduk termenung tanpa mempedulikan nasib saudara kita semua disana....


rasulullah pernah bersabda:
لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه
maksudnya: tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya                    sendiri"

binalah ukhuwah fillah~