Friday 25 December 2015

kenangan indah



Bismillah…
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

‘Andai pastinya ku tahu
Takkan aku tinggalkanmu
Namun, masih keliru
Teringat masa lalu’

Detik itu sudah semakin hampir. Jam berputar tidak berhenti.
Hatiku mula terdetik,

“Kalaulah aku boleh putar semula masa, aku pasti akan memilih untuk berada dua tahun sebelum”
Tapi…aku kene sedar yang semua tu takkan berlaku.
Diriku terbawa untuk bercerita tentang kamu.
Tatkala aku menulis ini, air mataku sedang bergenang di kelopak mataku. Namun, sukar untuk aku mengalirkannya.

‘Mana..harus ku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang”

2013.
Tahun ini mempertemukan aku dengan kamu.
C31 merapatkan hubungan ku dengan mu. Tapi, waktu tu aku agak bodoh dan keliru. Aku meragui setiap ketulusanmu.
Tahun ni, kisah suka dan duka kita bermula.
Aku pernah menyakiti hatimu. Aku pernah menyakiti fizikalmu. Aku mohon ampun atas keterlanjuranku.

2014.
Mungkin…tahun ni aku tidak berapa dekat dengan mu. Tapi..ketahuilah bahawa aku sentiasa mengenangkanmu.
Aku sentiasa merinduimu
Mungkin kau tidak merasainya….tapi….aku mengharap kau menyedarinya.

2015.
Tahun kegembiraan buat kau dan aku.
Aku sengaja memilih kau sebagai ahli biroku. Aku ingin sentiasa dekat denganmu.
Aku ingin sentiasa melihatmu. Daku mohon ampun jika daku bukanlah seorang ketua yang bijak dan baik.
C21, C22.
Dorm kita bersebelahan.
Masih segar di ingatanku, kau sentiasa bersamaku. Berkongsi kisah sebelum tidur, berkongsi suka dan duka bersama.
Aku rasa sangat bertuah kerana memiliku mu disisiku.
Setiap kali aku terkenang kebaikanmu kepadaku, aku akan tersangat sedih, kerana merinduimu.
Tatkala ku sakit, kau sudi menjagaku, tatkala ku sedih kau sudi berkongsi kesedihanku.
Kau mengajar aku pelbagai perkara. Kau mengajar aku erti kehidupan.
Walau apa yang orang kata tentang dirimu, aku percaya kau yang terbaik.
Tak sangka, masa berlalu sangat cepat.
Tahun ini telah memisahkan kita.
2016 bakal menjadi kisah hidup mu yang baru.

Aku ingin tinggalkan sedikit warkah buat mu :

“Assalamualaikum adik abang yang abang sayang,Semoga adik sentiasa sihat. Syafiq…tak sangka kan rupanya dah banyak benda kita lalui bersama. Walaupun hanya setahun, tapi kegembiraan tu tak dapat abang gambarkan.
Setiap yang kita lalui tahun ni…abang takkan lupakan.Syafiq, tahun depan..abang dah takde nak tengok-tengokkan syafiq. Abang dah takde nak tegur syafiq. Abang dah takde untuk temankan syafiq. Tahun depan..syafiq kene buat semua sendiri. Bangun subuh sendiri, urus waktu sendiri, disiplin diri sendiri , semuanya sendiri. Kalau tahun ni, apa syafiq salah abang boleh tegur, abang boleh kejut syafiq subuh. Tapi…semua tu syafiq kene buat sendiri tahun depan.Abang tahu..syafiq boleh buat. Abang tahu adik abang ni kuat!Syafiq…ingat tau setiap apa yang abang pesan.
Sebagai pelajar, hormatlah cikgu-cikgu. Abang tak minta syafiq dapat tokoh macam-macam, Cuma abang harap syafiq sentiasa dapatkan keredhaan cikgu waktu tuntut ilmu.Pastu, dengar cakap mak ayah ya sayang. Jangan lawan cakap. Syurga bawah telapak kaki ibu. Kalau ibu bapa redha, Allah pun redha.Tahun depan syafiq jadi KP lagi.Abang nak…syafiq jalankan amanah betul-betul. Jangan langgar amanah. Abang tak nak perkara yang berlaku tahun ni, jadi lagi tahun depan. Abang nak syafiq tunjuk contoh terbaik untuk kawan-kawan dan adik-adik.Biarlah apa orang nak cakap….apa yang penting kita jalankan amanah.Abang tahu..adik abang ni dah lalui macam-macam dugaan. Tapi, abang percaya yang adik abang ni sangat tabah.Abang tak nak syafiq jatuh tahun depan. Tabah ya sayang.
Abang harap sangat segala yang abang dah tinggalkan…jadi pembakar semangat untuk adik abang teruskan perjuangan.Syafiq…Abang harap tak terlambat abang nak ucapkan ,
Tahniah atas kejayaan syafiq dalam PT3 baru-baru ni. Abang bangga dengan syafiq.Kita sama, 9A.
Lepas ni, struggle untuk SMA ngan SPM pulak tau.Dalam belajar ingat satu perkara, jangan pernah tinggal solat tahajjud. Kalau tak boleh buat setiap malam, buatlah 2 hari sekali. Kalau susah sangat seminggu sekali.Jangan tak buat langsung.
Syafiq..Abang nak minta maaf sangat-sangat kalau selama kita kenal, selama abang dengan syafiq, abang buat syafiq sedih, abang buat syafiq terguris, abang marah syafiq, abang pukul , abang cubit.Abang minta maaf juga, kalau abang bukan abang yang baik. Abang tahu abang banyak buat salah, abang tahu abang banyak buat silap.Abang tahu…syafiq banyak bersabar dengan abang, syafiq banyak tahan dengan perangai abang.
Abang tak boleh tengok syafiq sedih.Abang mengaku…memang abang salah sebab halau syafiq dari dorm…tapi bila abang tengok syafiq, abang jadi sedih, abang tak sanggup.Abang nak syafiq tahu..abang sayang syafiq sangat-sangat.Be tough next year ok?Doakan abang dan kawan-kawan abang berjaya untuk result SPM.Abang takut abang tak skor.Doakan tau!Setakat ni dulu pesanan abang untuk syafiq,Semoga ‘Sesal Separuh Nyawa’ terus jadi kenangan antara kita
Yang benar,
Faizi Wasir
Terima kasih”

“I promise anytime you call me
It don’t matter where I am
I’ll always be there
If you need me closer
I’ll be right over
I swear, I swear
I promise anytime you call me
It don’t matter where I am
I’ll always care for you
If you need me closer

I’ll be right for you”