Friday 15 May 2015

kau nak success? kau kene sado dulu~

Satu malam....

"Kak...akak dah study ke? Akak kan nak PT3 tahun ni" Ibu bertanya pada si akak yang sedang khusyuk melayan Muka Buku.

Tiada jawapan kedengaran di ruang telinga ibu.

"Akak...dengar tak ibu tanya tadi?" Ibu tidak mengalah,

masih tiada jawapan

"Akak..." Ibu masih tidak mengalah.

Si akak terkejut seolah-olah orang disergah ketika sedang mengelamun.

"Ya ibu? Ibu tanya apa tadi?"

"Ibu tanya...akak dah belajar ke belum? kan akak nak PT3 tahun ni."

"Oh...belum lagi..sabar lah ibu, PT3 lama lagi kan? Dah, tu je kan ibu nak tanya? akak nak sambung chatting dengan kawan akak ni!"

Si akak kembali menghadap skrin komputer riba peninggalan arwah ayah.

Ibu pergi menghala ke dapur dengan perasaan sedikit kesal.

Mak Jah merupakan seorang janda yang telah kehilangan suami sejak 10 tahun lalu kerana strok. Mak Jah cuma punya seorang anak sahaja iaitu Amira. Ketika itu, Amira baru berumur 5 tahun. Sejak kehilangan suami, Mak Jah telah dihalau dari rumah sewanya kerana tidak membayar sewa rumah selama 6 bulan. Disebabkan itu, Mak Jah telah pulang ke kampung halamannya di Pahang. Mak Jah membesarkan Amira seorang diri. Membanting tulang, mengerah keringat serta kudrat yang ada demi melihat anaknya menjadi seorang yang hebat satu hari nanti.

Mak Jah termenung seorang diri di dapur yang agak usang itu. Lantainya sudah mahu reput serta atap sudah banyak lubangnya. Seandainya hujan, pasti basah seluruh dapur itu.

Mak Jah tiba-tiba teringat satu kata-kata yang diungkapkan oleh suaminya suatu ketika dahulu.

"Jah, abang nak anak kita Amira ni...jadi doktor satu hari nanti. Abang nak, dia yang rawat kita bila kita sakit nanti. Abang nak sangat anak sulung kita ni jadi insan berguna suatu hari nanti."

"Jah...andai kata abang pergi dulu dan tak sempat nak jumpa anak kita waktu dia jadi doktor nanti, abang nak jah jaga dia untuk abang ya? Didik anak kita ni jadi orang ya Jah. Abang percaya Jah boleh"

"Abang....Jah rasa Jah dah gagal lah didik anak kita ni. Jah dah buntu ni abang. Tak tahu dah macam mana nak buat?" Mak Jah bermonolog seorang diri.



Mak Jah tidak mampu menahan sebak kerana teringatkan arwah suaminya serta anaknya, Amira. Mak Jah menitiskan air mata.

***
"Ibu!!! Oh ibu!!! Ibu!!! Akak dah balik ni!!!" Amira mencari-cari di mana ibunya.

tiba-tiba...

"Ibu!!!!" 

Amira terkejut kerana terlihat ibunya terbaring di dalam tandas dalam keadaan yang sangat lemah.

"Mak, kenapa ni mak? kenapa mak kat sini?"

"Tolong mak kak. Sakit ni...sakit."

"Kejap mak, kejap."

Amira berlari keluar rumah bagi mendapatkan pak cik Hasan, jiran sebelah rumahnya.

"Pak cik!! Oh pak cik!! pak cik!!!"

Pak cik hasan keluar dari rumahnya dengan riak muka tertanya-tanya.

"Ya kenapa Amira? kenapa kamu cari pak cik  ni? macam ada hal penting sangat je?"

"Ibu pak cik! Ibu!!"

"kenapa dengan ibu kamu?"

"Ibu jatuh dalam tandas pak cik!"

"Yeke?? Ya Allah...jom cepat kita tolong mak kamu"

***
Mak Jah selamat dibawa ke hospital. Namun, mak Jah masih ditahan di wad kerana masih lemah

"Jah...kau ni pun...kalau ya pun, kenapa tak minta tolong aku? senyap saja!" ungkap pak cik hasan

"Aku ni...kalau boleh tak nak susahkan orang. Kau tu dah banyak sangat tolong aku. kadang-kadang aku segan dengan kau."

"Ala...apa sangatlah yang aku tolong kau Jah oi. Aku tak pernah kisah pun semua tu. Yang penting kau tu...jaga-jagalah kesihatan kau tu. Kadang-kadang aku tengok kau batuk-batuk tu...risau juga aku kat kau"

"Takde apalah Hasan oi, aku baik-baik aja."

"Yelah. Kau ni memang...aku cakap ada je jawapannya"

Mak Jah masih di hospital. Pak cik Hasan sudah pulang ke rumah. Kini, Mak Jah di hospital ditemani oleh Amira.

Malam itu....

"Akak...mari sini dekat dengan ibu."

Amira mendekati ibunya yang terbaring di atas katil hospital.

"Ya ibu?"

"Akak...akak ni...anak ibu satu-satunya. Akak ni..anak ibu yang cantik...anak ibu yang baik.Tapi...ibu minta maaf sebab ibu tak mampu nak bagi kehidupan yang gembira dan senang buat akak Akak nak tahu tak? Waktu arwah abah ada dulu...arwah abah pernah cakap dengan ibu yang dia nak akak ni jadi doktor."

"Arwah abah harap sangat, kalau akak jadi doktor bila besar nanti, akak akan rawat abah dengan ibu kalau abah dengan ibu sakit."

"Tapi...hajat arwah abah akak tak sampai. Dia dah pergi dulu. Sekarang ni...tinggal akak dengan ibu je. Akak....kalaulah ibu pergi dulu...akak nak tak janji dengan ibu yang akak akan belajar sungguh-sungguh untuk capai hajat ayah tu? Ibu nak sangat, kalau boleh hajat abah dengan ibu tercapai. Ibu tak nak lah hajat abah tu cuma harapan kosong."

Amira terasa bagai dipukul oleh penukul yang besar menghentak kepalanya.

"Ibu....Akak janji dengan ibu yang akak akan belajar sungguh-sungguh untuk jadi doktor macam yang abah harapkan. Ibu, akak minta maaf sebab selama ni..akak asyik main je....tak belajar. Ibu maafkan akak ya?"

Mak Jah mengangguk lemah.

Tanpa disedari, kedua-dua mereka sudah terlena. Amira terbaring di sisi ibunya.

***
5:00 a.m
Amira terjaga dari tidurnya. Tanpa membuang masa,Amira terus ke bilik air untuk mengambil wuduk lalu memakai telekung yang tersimpan di dalam beg galas nya"

Amira Qiamullail...

Selesai solat, Amira mendoakan kesihatan ibunya. Tanpa sedar, Amira telah menitiskan air mata.

Selesai berdoa, Amira terus mendekati katil ibunya.

"Ibu, Akak nak sangat jadi anak ibu yang solehah, rajin dan baik. Akak nak sangat penuhi hajat arwah abah untuk jadi doktor. Akak janji ibu, mulai sekarang, akak akan belajar sungguh-sungguh untuk jadi doktor macam yang abah harapkan" Amira berkata kepada ibunya yang ketika itu masih lagi nyenyak tidur.

Jam sudah menunjukkan jam 8:00 pagi dan ibu masih lagi tidak sedarkan diri.

Ketika ini, Amira sedang ke tandas. Sampai di wad ibunya, Amira terkejut kerana ibunya masih tidak bangun dari tidur.

"Ibu..ibu...bangun ibu...dah pukul 8:00 dah ni."

"Ibu?"

Mak Jah masih kaku. Amira terus keluar memanggil doktor takut-takut ada sesuatu terjadi pada ibunya,

Doktor memeriksa mak Jah. 

tiba tiba...

Doktor menutup jasad Mak Jah sepenuhnya. Amira tertanya-tanya.

"Kenapa doktor? kenapa doktor tutup ibu saya ni?"

"Ibu kamu....dah takde."

"apa???!!! ibu dah takde???!!! takkan lah...doktor tersilap periksa kot ni."

"saya serius. Ibu kamu sudah tiada lagi."

Amira terkedu. Tidak ada apa lagi yang mampu dia ucapkan. Ibunya sudah pergi buat selama-lamanya. Cuma tinggal pesanan terakhir ibunya sahaja yang masih terngiang-ngiang di kepalanya.

"Ibu...kenapa ibu pergi dulu sebelum akak? Ibu...sampai hati ibu tak tunggu akak. Kenapa macam ni ibu? kenapa?"

"Ibu...tak ada apa lagi yang akak ada melainkan pesanan abah dan ibu."

"Akak janji akan tunaikan hajat ibu dan ayah."

DEBUSH!!!!

Satu bunyi kuat kedengaran.

"Aduuuhhhh...sakitnya..." keluh Amira.

Rupa-rupanya Amira baru terkejut dari mimpinya.

Mak Jah tercegat di depan pintu biliknya sambil ketawa.

Amira terus berlari mendapatkan ibunya lalu memeluk mak Jah seerat-eratnya.

"Ibu..Amira janji akan belajar sungguh-sungguh untuk ibu dengan arwah abah"

Mak Jah pelik. 

Dah kenapa anak aku sorang ni, mimpi apa malam tadi? argh!! biar lah..yang penting dia dah berubah...Alhamdulillah ya Allah.

getus Mak Jah dalam hatinya.

***

"Man, dah study ke?"
"Blom lagilah mak, rilek dulu.."

"Dik...dah hafal belum subjek azhari tu?"
"Ala....periksa lama lagila kak. Lagipun kalau hafal awal-awal nanti lupa pulak apa yang dah dihafal"

"Wei Din! Kau ni...asyik tido je. tak study ke?"
"sukahati aku lah...kau pegila belajar sorang-sorang kat sana! SPM lama lagi kot. Kecoh ar mamat ni!!!"

Erm...

ALASAN + EGO = FAIL!!!

Mesti ramai sangat orang pernah cakap macam tu kan? Tahu dah...

Nak berjaya memang susah tau! hihihi...kene stress-stress dulu!

Nak tahu tak apa kunci nak berjaya?

Eh eh! kunci? kunci apa ni? kunci rumah ke?

Tak...kunci yang dimaksudkan ialah rahsia nak success dalam exam.




apa rahsia nya?

Jawapan cliche :

  • "Kita kenelah rajin study"
  • "Kita kenelah fokus dalam kela"
  • "Kita kenelah rajin buat revision"
  • "Kita kenelah banyak buat latihan"
  • "Kita kenelah rajin jumpa cikgu"
  • "Kita kenelah stay up sampai pagi bila nak exam"
tulah antara jawapan yang selalu kita dengar kan?

Tak nafi lah, semua benda tu betul! kene rajin, kene fokus dalam kelas, kene banyak buat latihan...tapi kan ramai tak orang buat benda-benda tu?

korang semua mesti ada jawapannya kan?

so...sekarang ni, apa penyebabnya ramai tak nak buat benda-benda tu?
ha..jawab cepat!

sebab? sebab?

EGO EGO EGO EGO EGO

Sedar tak banyak manusia kat negara Malaysia ni....ego orangnya?

ego tu apa?

ego tu macam... ------------> BERLAGAK

ha...lebih kurang macam tulah....

sebab tulah....nampak tak formula kat atas tu?

takpe....saya salin balik

ALASAN + EGO = FAIL!!!

lagi 1!

kita ni...suka sangat bagi alasan

SPM lama lagilah

baca awal-awal nanti lupalah

hidup kene enjoy dululah,,

ada je alasannya bila orang suruh study

wahai orang-orang yang sedang belajar....ingat elok-elok ye..

Imam Syafie kata apa?

t
Jadi? 

Apa tindakan kita ?

Buang lah sikap MALAS + ALASAN + EGO tu.... 

jom kita start study sekarang!

apa dia? macam mana nak buang? 

FIRST! 
tidur awal supaya tak mengantuk dalam kelas

SECOND!
baca doa ni!

THIRD!
kawanlah dengan orang yang rajin-rajin

FOURTH!
ingat pesan mak ayah

Ha....Itu antara tip yang boleh saya bagi.

korang semua, cuba bayangkan! 

kalaulah
cikgu kita malas mengajar

dan kalaulah 
kita malas makan
apa akan jadi?

fikir-fikir kan lah ya!