Tuesday 22 September 2015

Pengorbanan Yang Sebenar...


Assalamualaikum dan selamat pagi,

harini..penulis sangat tertarik untuk bawa korang semua menyelami erti pengorbanan yang sebenar. Bukan nak cakap yang korang semua tak tahu, just ingin berkongsi. kot kot lah ada yang masih tertanya-tanya.

Erm...esok, 24 September 2015, seluruh umat islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha. But...sebelum tulah...penulis pasti...sebut je pasal Aidiladha ni...confirm everybody akan fikir pasal :

  1. lembu takpun kerbau n sewaktu dengannya
  2. sembelih
  3. solat hari raya
  4. khutbah
  5. HAJI
and so on. Betul tak? *mohon jawab YA*

Tapi nak tahu tak? Sebenarnya ramai yang tak tahu, mana datangnya Hari Raya Aidiladha ni? Mana datangnya ibadah korban tu? Kenapa kita perlu buat ibadah korban ni?

OK! sekarang ni..jom kita rungkai semua persoalan tu.

First of all..
DARI MANA MUNCULNYA IBADAH KORBAN NI?

ok....dengar ni! (Eh! camne nak dengar? die tak cakap pon)

Wahai umat islam sekalian!!!!
Ibadah korban ni bermula dengan kisah Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S. Suatu hari, Allah SWT turunkan wahyu kepada Nabi Ibrahim A.S berupa mimpi yang Nabi Ibrahim sedang menyembelih Nabi Ismail...
Then..Nabi Ibrahim bagitahu Nabi Ismail tentang mimpinya.
Nabi Ismail meredhai perkara tersebut dan meminta Nabi Ibrahim melakukannya kerana itu ialah arahan Allah SWT.

After that, bila Nabi Ibrahim bawa Nabi Ismail untuk disembelih, waktu nak sembelih tu, Nabi Ismail bertukar menjadi Kibasy.

HA....MACAM TULAH CERITANYA...FAHAM?

OK! Let's go the second question.
KENAPA KITA PERLU MELAKUKAN IBADAH KORBAN?

Sebenarnya, ibadah korban ni..banyak manfaat and faedahnya tau!

  1. ibadah ni menunjukkan kepatuhan umat islam terhadap perintah Allah SWT. Kenapa? sebab..kalau korang nak beli lembu tu..mahal tak? sanggup tak keluar duit beribu-ribu? Erm...sebab tulah ibadah korban ni menunjukkan kepatuhan umat islam terhadap perintah Allah
  2. ibadah korban ni, mengajar umat islam untuk mengorbankan harta. Kita semua kene ingat yang sebenarnya, harta yang kita ada sekarang ni, bukan kita sorang punya tau. ada bahagian orang lain dalam tu
sebenarnya banyak lagi..tapi sekarang ni penulis nak bagi sikit je.

Ok..fine..sekarang ni...bila kita sebut je pasal Hari raya Aidiladha...knp ada yang sebut Hari Raya Haji?

ok..siapa tahu yang sekarang ni, umat islam sedang melaksanakan ibadah Haji?
dan..harini ialah Hari Arafah hari dimana orang Islam yang melaksanakan Haji sedang berwukuf di Arafah.

bagaimana datang nya Ibadah Haji ni?
macamana? macamana?
ha..jawablah!

Ok...siapa kenal siti Hajar?
erm...ok...Siti Hajar ni isteri Nabi Ibrahim, ibu Nabi Ismail.
siapa tahu cerita Nabi Ibrahim tinggalkan isterinya dengan anaknya kat tengah padang pasir tu?
mesti ramai yang tahu kan?

HA...dari situlah bermulanya ibadah Haji.
Cuba baca balik.
Pengorbanan Siti Hajar berlari-lari untuk cari air. Buat tu..ni...
erm..sangat besar pengorbanan Siti Hajar tau.
Kalau nak tahu lebih lagi..klik kat SINI
erm...sebab tulah munculnya pensyariatan Ibadah Haji ni.
so...apa kaitannya dengan tajuk kita harini?

alright...apa yang korang semua faham pasal PENGORBANAN?

PARENTS...CINTA...PERANG... <---- CLICHE

Ok! bila kita baca cerita Siti Hajar, Nabi Ibrahim & Nabi Ismail ni....sebenarnya mengajar dan mendidik diri kita ni tentang satu pengorbanan sebenar.
  1. sewaktu Nabi Ismail hendak disembelih, adakah nabi Ismail membantah?
  2. sewaktu Siti Hajar dan Nabi Ismail ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim, adakah Siti Hajar membantah?
Ok! let's think about that...
kalaulah Nabi Ibrahim tak buat semua benda tu....adakah akan wujud ibadah Haji dan Ibadah korban?

cuba fikir balik.
Nabi Ibrahim sanggup mematuhi segala suruhan Allah walaupun semua tu perit.
yelah, cuba bayangkan,,,korang ada anak & isteri tiba-tiba korang nak tinggalkan diorang macam tu je tanpa sebarang sebab munasabah.
mesti korang akan fikir benda tu tak masuk akal kan?

sebab tulah , satu pengorbanan yang sebenar telah berjaya Nabi Ibrahim tunjukkan kat kita semua.

Wahai wanita-wanita tiang negara sekalian,
Apakah perasaan korang semua kalau korang jadi Siti Hajar?
kalau ikutkan lah...konpem dah ada yang maki hamun suami dia tu.
betul tak? #janganmarah

Nampak tak pengorbanan sebenar seorang isteri Nabi, memahami bahawa tanggungjawab suaminya sebagai seorang Nabi.

RIGHT! NOW, MACAMANE KITA NAK CONTOHI AND APPLY DALAM HIDUP KITA?

  1. students!!! please alert about this. korang semua belajar betul tak? erm..ok! sepanjang korang belajar..pernah rasa penat tak? mesti ada kan? rasa macam...ish! bila nak habes belajar ni? korang kene sentiasa kuatkan diri. penulis seorang student dan penulis faham. tapi....either you want or not....korang kene buat jugak! ulama'-ulama' dulu...belajar lagi payah dari kita semua tau! nak kene jalan jauh-jauh..@MUSAFIR. takde kemudahan tau! kita ni..dahlah sekolah just stone throw away je...ada kipas, lampu, selesa pulak tu! so..hargailah..berusaha sungguh-sungguh untuk belajar. Jangan banyak merungut. Think positive.
  2. Workers!!!!! rasa stres tak bila tak dapat cuti? hahahaha...stres memang stres tapi....kerja tetap kene kerja. kalau nak berjaya, tak boleh mengalah tau! orang yang gagal ialah orang yang paling cepat mengalah. so..kalau nak berjaya, usaha sampai mati. ULANG SUARA. sampai MATI!
Ok...tujelah untuk masa ni.

Sebelum selesai..ni ha..kata-kata hikmah sikit! :D