Sunday 24 March 2013

ADIL??? AMANAH??? Pentingkah???

Kita bertemu lagi di dalam sebuah perbincangan dimana pada hari ini kita akan membincangkan wadah yang bertajuk ADIL & AMANAH.Seperti yang kita ketahui adil merupakan sikap seseorang pemimpin yang meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul manakala amanah pula merupakan meletakkan sesuatu kepercayaan pada seseorang.Berdasarkan definisi tersebut,jelaslah bahwasanya sikap-sikap tersebut sangat penting bagi membangunkan sesebuah negara.

Jika kita semua lihat dizaman Rasulullah SAW, baginda sangat menitikberatkan soal ADIL dan AMANAH di dalam pentadbiran baginda.Kita sendiri dapat lihat bagaimana Rasulullah menunjukkan sifat amanah baginda pabila baginda memberi makan kepada orang yahudi yang buta.Cerita ini kerap kali, acap kali kita dengar.Justeru itu, adakah kita masih mahu menafikan tentang kepentingan sifat-sifat tersebut?

Selain itu, pada hari ini,jika kita lihat di negara Malaysia sendiri, mereka diberikan bantuan,berbagai bantuan.Sebab itu kita lihat pada hari ini negara kita masih aman serta menjadi antara negara teraman di dunia.

Pemerintahan pada zaman Rasulullah juga merupakan pemerintahan yang terhebat.Pemerintahan Rasulullah menjadi contoh bagi sesebuah negara islam.Penggubalan piagam madinah telah menyebabkan pemerintahan pada zaman rasulullah gah di mata dunia.

Rasullulah sanggup melakukan apa sahaja bagi mempertahankan negara.Baginda sanggup berperang demi menegakkan serta menyelamatkan negara islam daripada ditawan oleh orang-orang barat.

Pada hari ini,banyak kes rasuah berlaku di negara kita.Ini semua disebabkan oleh tidak adanya sifat amanah dalam diri pesalah laku tersebut.Mereka tidak mampu menahan diri mereka daripada melakukan perkara tersebut.Selain itu,kes pecah amanah juga acap kali kita dengar serta kita lihat di dada-dada akhbar.

justeru itu kita harus mengambil berat soal Adil dan Amanah kerana sesungguhnya sikap tersebut merupakan asas kepada pembangunan ISLAM

Thursday 21 March 2013

Bangkitlah Wahai Remaja!

hello!!! ops..ASSALAMUALAIKUM!!! ha...barula betol...sori ye blog..dalame la plak x hapdet kaw...hehehe...arini teringin plak nak hapdet kaw!...baeklah..before kaki ni menorak langkah...n before lidah aq ni bersilat megah...biarla aq bagitau korang..ape makne gejale sosial nih!..ok dengar baek2 ye syg...

Gejala sosial ni adelah perkare yg berkaitan hubungan yang berlaku antara seseorang dgn seseorang yang laen....contohnya macam pergaulan antara lelaki perempuan...di mana perkara tu adelah pekare yg x elok...mcm kite lihat zaman skarang nih...ade zina...pelacuran...n paling terok LGBT!!!!! gejala2 sosial yang aq sebot tadi tuh kt negare Malaysia nih..da byk sgt berlaku....kite x ley nk slakan sesape melainkan diri kite sendiri....kite x le nk salakan mak bapak,kite x ley nk salakan kawan2...kite x ley nak salakan masyarakat n kite x ley nk salakan kerajaan Malaysia sendiri.[bukan tujuan politik]...

sepatutnya kite kene salakan diri kite sendiri sebab kite x mampu nak jage & kawal diri kite tuh...remaja pada hari ini sangat cetek & sangat pendek dalam memikirkan sesuatu perkara.Klau kita lihat pada hari ini gejala sosial yang berlaku di negara kita adalah melibatkan remaja kebanyakannya.Perkara ini tidak boleh nak disangkal lagi kerana jika kita semua bace di dada-dada akhbar dan juga jika kita lihat di dalam kaca-kaca televisyen kebanyakannya mengatakan perkara-perkara seperti buang anak dan zina adalah dilakukan oleh remaja lingkungan 15 hinga 18 tahun.Aakah kita mahu menidakkan lagi perkara tersebut? sudah tentu tidak.

Buat pengetahuan semua, remaja pada hari ini lebih cenderung untuk melakukan apa yang dilakukan oleh kawan2 mereka.Mengikut peratusan yang dikeluarkan,remaja pada hari ini lebih suka mengikut kawan-kawan mereka daripada mengikut ibu bapa serta keluarga mereka.

Oleh itu, saya nasihatkan kepada semua ibu bapa serta bakal-bakal ibu serta bakal-bakal bapa sekalian,kita hendaklah memperlakukan anak-anak anda sepertimana anda melakukan kwan-kawan anda.Senang kata jadikan mereka itu umpama kawan-kawan kita.Jangan selalu menengking serta memarahi mereka kerana para remaja ini selalunya cepat terasa dan apabila mereka terasa dengan apa yang ibu bapa katakan itulah yang menyebabkan berlakunya gejala-gejala sosial yang kita sendiri tidak mahu mendengarnya.

Peringatan buat para remaja islam sekalian,kita sebagai umat islam seharusnya menguatkan diri kita agar
tidak lagi terjebak didalam kancah kemaksiatan itu lagi.Kita telah diajar dengan pelbagai cara bagi mengelakkan diri kita daripada terjebak kedalam perkara seperti itu tatkala kita masih kecil.jadi pada hari inilah kita harus mempraktikkan perkara-perkara tersebut.Jangan jadikan apa yang kite belajar itu hanya seperti sampah yang dibuang lalu dilupuskan.Jadikan ilmu itu sebagai amalan yang kita belajar itu sebagai amalan kite seharian.Jika anda mempunyai keinginan untuk melakukan maksiat,cubalah perkara di bawah ini :

  1. Solat
  • solat itu itu mampu mencegah diri kita daripada melakukan kemungkaran dan perkara keji.Justeru itu kite seringkali dinasihatkan agar melaksanakan solat bagi mencegah perkara-perkara keji tersebut.  
     2.  Puasa
     3.  membaca Al-quran
     4.  Duduk bersama dengan orang-orang soleh

dan lain-lain lagi.

Umat islam sekalian,kita tidak mahu lagi perkara-perkara sebegini berlaku keatas umat kita.Bayangkan jikalau nabi Muhammad S.A.W lihat umat nya pada hari ini ...sudah tentu baginda bakal sedih.Jadi kita seharusnya meningkatkan kembali nama agama islam pada hari ini yang sudah jatuh dek kerana akhlak yang ditunjukkan oleh umat kita sendiri.Jadi para remaja sekalian saya ingatkan kepada anda semua bahwasanya anda semua merupakan tonggak kepada kejayaan agama islam pada hari ini.Jikalau anda semua rosak,maka akan rosak binasalah agama islam.Oleh itu, amanah yang diletakkan kepada anda semua hendaklah dilaksanakan.Mengapa Umat dahulu mampu melakukannya kita pada hari ini tidak mampu? ini kerana rosaknya remaja pada hari ini. Justeru itu para remaja islam pada hari ini seharusnya bangkit serta bersatu dalam meneraju serta memonopoli kembali dunia yang kini telah dimonopoli oleh orang-orang barat.

Sebulum madah diakhiri dengarlah sebuah ungkapan:

Jangan jadikan hidup ini umpama roda yang kadangkala di atas kadangkala di bawah.Tetapi jadikanlah diri kita umpama awan yang sentiasa berada di atas walau tanpa sebarang dorongan serta sokongan

Sekian sahaja daripada saya, Assalamualaikum