Sunday 24 March 2013

ADIL??? AMANAH??? Pentingkah???

Kita bertemu lagi di dalam sebuah perbincangan dimana pada hari ini kita akan membincangkan wadah yang bertajuk ADIL & AMANAH.Seperti yang kita ketahui adil merupakan sikap seseorang pemimpin yang meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul manakala amanah pula merupakan meletakkan sesuatu kepercayaan pada seseorang.Berdasarkan definisi tersebut,jelaslah bahwasanya sikap-sikap tersebut sangat penting bagi membangunkan sesebuah negara.

Jika kita semua lihat dizaman Rasulullah SAW, baginda sangat menitikberatkan soal ADIL dan AMANAH di dalam pentadbiran baginda.Kita sendiri dapat lihat bagaimana Rasulullah menunjukkan sifat amanah baginda pabila baginda memberi makan kepada orang yahudi yang buta.Cerita ini kerap kali, acap kali kita dengar.Justeru itu, adakah kita masih mahu menafikan tentang kepentingan sifat-sifat tersebut?

Selain itu, pada hari ini,jika kita lihat di negara Malaysia sendiri, mereka diberikan bantuan,berbagai bantuan.Sebab itu kita lihat pada hari ini negara kita masih aman serta menjadi antara negara teraman di dunia.

Pemerintahan pada zaman Rasulullah juga merupakan pemerintahan yang terhebat.Pemerintahan Rasulullah menjadi contoh bagi sesebuah negara islam.Penggubalan piagam madinah telah menyebabkan pemerintahan pada zaman rasulullah gah di mata dunia.

Rasullulah sanggup melakukan apa sahaja bagi mempertahankan negara.Baginda sanggup berperang demi menegakkan serta menyelamatkan negara islam daripada ditawan oleh orang-orang barat.

Pada hari ini,banyak kes rasuah berlaku di negara kita.Ini semua disebabkan oleh tidak adanya sifat amanah dalam diri pesalah laku tersebut.Mereka tidak mampu menahan diri mereka daripada melakukan perkara tersebut.Selain itu,kes pecah amanah juga acap kali kita dengar serta kita lihat di dada-dada akhbar.

justeru itu kita harus mengambil berat soal Adil dan Amanah kerana sesungguhnya sikap tersebut merupakan asas kepada pembangunan ISLAM

No comments: