Friday 15 January 2016

silap itu lumrah!

Manusia sentiasa melakukan kesilapan kan?
Kalau tak pernah buat silap, bukanlah dia seorang manusia.
Dari Anas bin Malik R.A, meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda mafhumnya;
“setiap anak adam melakukan dosa dan sebaik-baik orang yang melakukan dosa adalah orang yang bertaubat”
Setiap dari kita mesti ada kisah silam, kisah pahit, kisah manis. Tu semua kita je yang tahu.
Kita buat dosa, kita buat maksiat, tak pernah diketahui orang.
Contohnya, seorang pencuri masih selamat kerana jenayahnya tidak diketahui orang lain.
Sama juga seperti pemegang amanah yang terselamat daripada kesalahannya melakukan pecah amanah.

Kita selalunya rasa bangga bila segala kesalahan yang kita buat tu, orang lain tak tahu.
Tapi…malangnya kita sebab kita tak sedar yang Allah SWT tak pernah tak tahu apa yang hamba dia buat.
Wahai manusia….sedarlah yang kita ni cuma hamba Allah yang lemah. Kita kene sentiasa meminta pertolongan Allah.
Sebab tu dalam surah Al-Fatihah, ada menyebut ;
إياك نعبد وإياك نستعين
“hanya kepada engkau kami menyembah dan hanya kepada engkau kami memohon pertolongan”
Sebagai seorang manusia, kita patut tahu bahawa kehidupan kita di dunia ni, kita perlu bergantung harap pada pencipta kita. Siapa pencipta kita? Ya! ALLAH SWT.
Kalau seseorang cipta robot, maka orang itu pasti tahu tentang robot itu.
Sama lah macam manusia. Allah cipta kita, maka Allah tahu segalnya tentang kita.
Bila Allah dah mention yang kita ni tak mampu hidup tanpa bantuan Allah, Allah tak tipu kita beb!
Aku tanya korang lah….manusia perlukan apa untuk hidup?
Oksigen…betul tak?
Air benda kedua.
Korang bayangkan kalau Allah murka dengan kita semua, then Allah tak bagi oksigen kat kita, apa yang korang akan rasa?
Matilah semuanya.
Ok..itu benda yang semua tahu tau.
Aku nak tanya pula..korang pernah rasa sedih tak?
Korang pernah rasa macam patah hati atau ditinggalkan seseorang tak?
Mesti ada yang pernah rasa benda-benda macam ni kan?
Then, pernah tak bila korang dah rasa macam tu, then korang ambil Al-Quran pastu korang baca?
Mesti ada juga yang pernah.


Meh sini aku cerita sikit lah kan.
Bukan aku nak berlagak ke riya’ ke apa kan.
But..benda ni memang berlaku kat aku tau.
Pernah aku rasa sedih sangat-sangat. Sampai basah dah muka aku ni, and dah banyak gila tisu keluar tau sebab menangis.
Then tetiba aku Nampak quran depan mata aku.
Aku ambil aku baca.
Aku buka jela random page.
Tiba-tiba keluar ayat ni ;
لا تحزن إن الله معنا 
"janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita”
Ya Allah, nampak tak guys?
Allah cuba nak bagitahu supaya aku mengadu kat dia.
Sebenarnya dah banyak kali dah benda ni jadi kat aku. Hihihihih
But..korang kene ingat, Allah bukan mainan korang tau.
Allah bukannya benda yang korang boleh guna time susah then campak dia jauh-jauh bila korang tak perlukan dia dah.
Ni…bila korang nak periksa baru sibuk nak cari Allah.
Bila nak dapat result baru sibuk nak dekatkan diri dengan Allah.
Bukan tak boleh macam tu, baguslah..tapi, bila korang dah dapat apa yang korang nak, korang buang Allah tu jauh-jauh.
Adil ke tu?
Korang bayangkan…ada kawan korang ni, tak pernah pun kawan ngan korang, tegur sapa pon jarang. Then suddenly dia datang kat korang minta tolong sebab dia clash dengan awek dia.
Then..korang pun tolonglah dia.
Tup tup bila masalah dia dah selesai, dia dah tak jumpa korang dah, dia dah tak ingat korang dah. Terima kasih pun tak.
Ha…apa perasaan korang time tu? Mesti bengang gila and bersumpah dalam diri yang korang takkan tolong dia dah.
Hahahahaha…
Anak-anak…bayangkan kalau Allah macam kita? Apa jadi?
Kita dah tak hidup dah kat dunia ni tau.
Tapi….Allah buka lagi ruang untuk kita bertaubat. Allah buka pintu taubat untuk umat Nabi Muhammad SAW.
Allah Maha Pengampun.
So…yang pernah buat silap, jangan putus asa ya!
Allah sentiasa buka ruang untuk hambanya memohon ampun dan taubat.
Jangan pernah malu untuk memohon ampun kepada Allah.


No comments: