Tuesday 10 December 2013

Klasifikasi Penyakit

     Hye guys! Assalamualaikum,apa khabar semuanya? sihat tak? kalau sihat baguslah. Tapi bagi yang sakit tu, jangan sedih2 ya? sebab Allah nak hapuskan dosa2 kita tu. kalau tangan kita rasa kebas2, sakit2..cube fikirkan apa yang telah kita lakukan dengan tangan kita tu? mungkin kita pernah pegang tangan anak dara orang dengan tangan tu. sebab Allah tu AR-RAHMAN dan AR-RAHIM, dia bagi kita rasa sakit tu, untuk gugurkan segala dosa kita. sepatutnya kita bersyukur kepada Allah sebab Allah sudi bagi kita penyakit supaya kita sedar yang kita ni banyak dosa. bersyukur kepada Allah pula bukan maksudnya sekadar berkata ALHAMDULILLAH, tapi bersyukur yang sebenar-benarnya ialah meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah dan kebali kepada-NYA. itulah maksud sebenar bersyukur.

Baiklah, diri ini rajin menaip kerana ingin menyampaikan satu perkara yang sangat penting dalam hidup kita. sepanjang hidup kita ni, perkara ini sangat2 penting!Ini bukan sahaja buat para pembaca dan followers tetapi ini juga buat ingatan penulis juga.

Ok! terus kepada topik asal. hari ini, penulis akan menyedarkan hamba Allah sekalian tentang "Penyakit". Penyakit macam kita tahu ada banyak sangat kat dalam dunia ni. Antaranya...

  1. Diabetes
  2. Darah tinggi




  3. Sakit jantung
  4. Sakit buah pinggang
dan macam-macam lagi. Tapi apa yang nak disampaikan hari ni bukanlah penyakit2 seperti di atas. penyakit terbahagi kepada 2 :

1- penyakit jasmani
2- penyakit hati

harini nak sampaikan yang ke 2 tuh~
macam yang kita semua tahu, hati manusia ni boleh hidup boleh mati. *gempak en? herm, biasa lah tu, lumrah jadi manusia, harus begitu. Tapi sepatutnya sebagai seorang yang beriman, kita perlu bendung nafsu dan syaitan agar tidak dapat menggelapkan dan mengeraskan hati kita.

pesanan buat para penuntut ilmu :
Ilmu adalah cahaya, cahaya tidak ada jikalau tempat itu gelap. Sama juga dengan hati. Hati yang gelap tidak akan dimasuki ilmu~ faham? #bagus kalau faham.

nak bukti? erm...boleh2!
siapa yang tahu kisah Imam As-Syafi'ie dengan gurunya Imam Al-Ghazali? rasenya ramai yang tahu pasal cerita ni.

" satu hari imam Al-Syafiie cuba untuk menghafal sesuatu. Beliau cuba sedaya upaya, tetapi malangnya ada bebrapa perkara yang beliau tidak dapat hafal. Lalu beliau menangis teresak-esak disebabkan tak dapat hafal sedikit perkara. pastu beliau berjumpa dengan gurunya, Imam Al-Ghazali. lalu imam Al-ghazali berkata : "ilmu adalh cahaya. cahaya tidak akan masuk kedalam hati pembuat maksiat........"

Ha..nampak tak? ulama' tu yang cakap...takkan tak percaya lagi. Imam Syafi'Ie boleh menangis teresak-esak sebab tak dapat hafal sikit je...sikit je tahu tak?? herm, kita ni yang hafal quran pon tidak, hafal hadis pon tidak, boleh pulak bergelak tawa. ish3~ *peringatan buat diri sendiri

Kita dok sibuk cerita keras hati, hati batu ni, mesti kita semua nak tahu kan macamane nak lembutkan hati. sebabkan hati manusia sanggup melakukan macam_macam perkara. Manusia sanggup membunuh, manusia sanggup merogol, manusia sanggup khianat dan pelbagai perkara lagi yang manusia sanggup lakukan.

cara yang mudah!  baca ayat ni!


amalkan ayat ni...kalau boleh istiqamah~ nampak je 5 ayat, tpi mampu melembutkan hati. Inilah ayat yang telah melembutkan hati Umar Al-Khattab, khalifah islam ke 2 . Dulunya beliau seorang yang bengis dan menentang rasulullah, namun dengan izin Allah, ayat ini telahpon melembutkan hati beliau. Kini nama beliau tidak asing lagi, malah menjadi idola buat umat islam kala ini.

memberikan ubat yang tepat bagi penyakit hati hanya dapat dilakukan oleh para nabi dan rasul Allah, ini kerana penyelesaiannya hanya ada pada tangan mereka**
       hati hanya akan menjadi baik jika mengenal Tuhan dan penciptanya, Asma' dan sifat-Nya dan perbuatan serta hukum yang telah ditetapkan-Nya. tidak akan memperolehi kesihatan atau kebahgiaan hati kecuali melalui kaedah yang hanya diberikan oleh Rasul. keliru jika orang fikir dia dapat mencapai kebahagiaan hati melalui jalan lain selain petunjuk dari para rasul. sebabnya kehidupan yang dilalui tanpa petunjuk hanyalah kehidupan, kesihatan dan hasrat kebinatangan yang penuh nafsu syahwat. akibatnya, hati semakin jauh dari kebahagiaan dan kesihatan hakiki. orang yang tidak dapat membezakan dua kehidupan ini sepatutnya menangisi hatinya kerana sesungguhnya hatinya telah padam akibat tenggelam dalam samudera kegelapan.
** = iman kepada Allah dan para rasul yang tertanam dalam hati merupakan unsur paling penting dalam rawatan penyakit hati, iaitu penyakit jiwa

Ingat tu! ^^v





No comments: