Sunday 15 December 2013

10 sahabat yang dijanjikan syurga

  • Abu Bakar As-Siddiq
  • Umar Bin Al-Khattab
  • Uthman Ibni Affan
  • Ali Bin Abi Talib
  • Talhah Bin Ubaidillah
  • Zubair bin Al-Awwam
  • Abdul Rahman Bin Auf
  • Saad Bin Abi Waqqas
  • Said Bin Zaid
  • Abu Ubaidah Bin Al-Jarrah 
Assalamualaikum WBT. Ha..siapa yang kenal siapa hamba Allah kat atas ni? semuanya ada 10 orang. ok lah, yang tak tahu tu, meh sini saya bagitahu ya.

mereka ini merupakan 10 sahabat nabi yang Nabi SAw janjikan syurga buat mereka. Best kan? bila nabi cakap maknanya betullah tu! kalau kita analisis sejarah kehidupan mereka ini, kita akan merasakan ketakjuban yang teramat. mereka merupakan idola buat umat islam zaman kini. Dalam mengharungi arus teknologi yang semakin berkembang pesat ini, mahu tidak mahu, kita semua harus menahan serta bersabar. penguasaan industri teknologi maklumat pada masa kini telah menyebabkan berlakunya pelbagai perkara
  • zina 
  • penipuan
  • fitnah memfitnah
[dan lain-lain]

justeru, Nabi SAW telah menggariskan pelbagai cara untuk umat islam agar mereka semua tidak tersesat. *lihat bagaiman Nabi cintakan umatnya? Allahu~
antara yang nabi ajarkan adalah dengan berpuasa. selain itu, sebab itulah wujudnya 10 orang sahabat ini. sesungguhnya para sahabt yang 10 itu sangat hebat . untuk menjadi seorang sahabt nabi perlu menepati 3 ciri :
  • orang itu mestilah mempunyai keyakinan dalam kenabian nabi SAW. di samping mempunyai kaimanan kepada keEsaan Allah SWT
  • ia juga menikmati pergaulan dengan Rasulullah SAW atau bersahabat, untuk sesuatu tempoh masa
  • ia mesti mati sebagai seorang islam
saya nak tanya...

adakah kita pada hari ini telah menepati kesemua ciri-ciri tersebut?

kalau saya, saya katakan tidak. sesungguhnya iman manusia akhir zaman ini senipis kulit bawang. lihatlah perumpaan tersebut. kita berfikir sejenak. bagaima nipisnya kulit bawang tersebut. walaupun dipegang sedikit pun, kulit bawang tersebut boleh terkoyak. inikan pula manusia akhir zaman ini yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai maksiat. sesungguhnya kehidupan umat nabi ketika ini sangat getir. jikalau kita dapat mengekang nafsu kita agar tidak terjebak dengan sebarang maksiat, maka kita ini lebih tinggi darjatnya daripada malaikat. malaikat tidak punya nafsu. mereka hanya menurut perintah Allah. justeru, kita harus sentiasa menguatkan semangat agar darjat kita diangkat lagi tinggi daripada para malaikat.

berbalik kepada tajuk. para sahabat yang telah dijanjikan syurga ini, mempunyai ciri-ciri kehebatan mereka sendiri.


  • Hazrat umar RA berkata bahawa tiada seorang pun yang lebih layak menjadi khalifah daripada mereka yang Rasulullah SAW sangat redha pada masa kewafatan beliau, dan beliau menamakan Ali, Uthman, Zubair, Talhah, said dan Abdul rahman bin Auf (Bukhari)
  • Qais bin Abu hazim RA memberitahu bahawa beliau telah melihat tangan Hazrat Talhah RA yang telah melindungi Rasulullah SAW semasa peperangan uhud menjadi kering (Bukhari)
  • Jabir RA berkata pada hari peperangan ahzab " Siapakah yang akan membawa berita gembira kepada daku akan orang-orang itu?" apabila hazrat zubair RA berkata, "Daku", baginda bersabda "setiap nabi mempunyai sahabat yang ikhlas, bagiku adalah zubair" (Muttafaqun Alaihi)
  • Hazrat Zubair RA berkata : Apabila Rasulullah SAW bertanya, "siapakah yang akan pergi ke Bani Quraizah dan membawa berita tentang mereka?" Daku telah pergi dan apabila kembali beliau menamakan kedua ibu bapanya bersama untukku dengan mengucapkan "bapa dan ibuku menjadi tebusanmu" (Muttafaqun Alaihi)
  • Hazrat Saad bin ABi Waqqas RA berkata beliau adalah arab yang pertama untuk memanah di jalan Allah (Muttafaqun Alaihi)
 Nampak tak kehebatan mereka ni? sangat-sangat hebat. Sampaikan Rasulullah SAW bersabda :
"Para sahabatku seumpama bintang, sesiapa sahaja (antara mereka) yang kamu ikuti maka kamu akan mendapat hidayah"
Bila tulis Hadis tu..teringat pulak dekat 1 ayat ni. Pelajar SMA tahun 2014, ni subjek BA 1 ni! Dalam tajuk Tasybih (Balaghoh) :
 al-mu'allimu kannajmi yahdi ad-Dhool (minta maaf...tiba2 tak boleh buat tulisan jawi pulak)
maksudnya : Guru itu seperti Bintang, menunjukkan orang yang sesat. 
Herm..nampak tak Rasululullah punya tanggapan pada sahabat-sahabat nya. Begitu tinggi. Kita tengok ya...dari segi saintifik pon..kalaulah seseorang tu nak pergi mana-mana, mesti dia guna bintang kan (kalau dah takde alatan lain lah). Kalau orang sesat dalam hutan pun...mesti cari bintang kan? herm..sebab bintang tu boleh tunjukkan jalan ke mana dia nak tuju. Itulah maksud Rasulullah dalam hadis tu..sesiapa yang ikut salah seorang daripada sahabat-sahabat Rasulullah tu, kita akan dapat hidayah. Rasulullah cakap takda buat kajian saintifik pun. hihihi.. Inilah wahyu Allah. Rasulullah kan berkata-kata dengan wahyu dari Allah.

Alhamdulillah...rasanya lepas ni kita sama-sama boleh contohi mereka kot. Berhijrah sedikit demi sedikit. Kalau secara drastik berkemungkinan kita akan bosan dengan amaln tersebut dan akhirnya, sekejap jela perubahan tu!

wassalamualaikum ^^
 

No comments: