Thursday 27 March 2014

Mengubati Demam

          Diriwayatkan dalam sahih Bukhari Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"Sesungguhnya demam -atau demam berat- berasal dari wap jahanam, kerana itu dinginkanlah dengan air"

          Hadis di atas menjadikan beberapa golongan doktor yang tidak memahaminya berasa bingung. Mereka fikir hadis tersebut bertentangaan dengan kaedah umum rawatan demam. Kami akan menjelaskan hadis tersebut dengan terperinci, ditinjau dari sudut pemahaman fiqh dan hujjahnya.

          Jika Rasulullah SAW mengeluarkan suatu kenyataan, konteksnya terdapat dua jenis. Pertama, kenyataan itu bersifat umum, iaitu ditujukan khas keepada seluruh umat islam. Kedua, kenyataan itu bersifat khusus iaitu ditujukan kepada umat dan keadaan tertentu. Sebahagian besar kenyataan Rasulullah adalah jenis pertama. Mengenai jenis kedua, sama dengan kenyataan Rasulullah, "Janganlah kamu semua mengadap kiblat semasa membuang air kecil atau membuang air besar, jangan pula membelakanginya, tetapi menghadaplah ke Timur atau ke Barat" Kenyataan ini bukanlah ditujukan bagi orang yang bermukim di Timur, Barat, "atau Barat" juga bukan kepada penduduk Iraq, tetapi ditujukan bagi orang yang bermukim di Madinah dan satu arah seperti Syam (Syria). Ini sama dengan sabda Rasulullah SAw, "Apa yang ada di antara Timur dan Barat adalah kiblat".

          Dengan analogi ini, kita tahu bahawa apa yang dikatakan Rasulullah SAW itu khusu untuk penduduk Hijaz, kerana penduduk di wilayah ini mudah sekali diserang penyakit demam kerana teriknya matahari. Jenis penyakit demam ini memerlukan air sejuk, baik untuk diminum atau untuk mandi. Demam menyebabkan suhu tubuh badan yang berasal dari jantung meningkat dan merebak ke seluruh tubuh melalui pembuluh darah dan tenaga tubuh. Meningkatnya suhu tubuh ini mengacau bilaukan fungsi tertentu pada tubuh.

          Terdapat dua kategori demam. Kategori pertama adalah demam simtomatik akibat pembengkakan, teriknya matahari dan aktiviti yang tidak terkawal. Kategori kedua adalah demam yang disebabkan oleh suatu penyakit yang biasanya bermula pada organ utama kemudian memanaskan seluruh tubuh. Jika sumbernya dari tenaga jiwa, ia disebut demam sehari (Quotidian Fever) kerana akan hilang dalam sehari dan akan bertahan maksima selama tiga hari, Demam yang disebabkan oleh pencemaran unsur yang berbahaya dinamakan demam ufniyah. Demam seperti ini terbahagi kepada empat jenis; demam kuning (Yellow Fever), demam hitam (Black Fever), demam Boutonnese dan demam berdarah. Demam yang sumbernya dari organ asas tubuh dinamakan semam hectic, yang terbahagi kepada tiga jenis.

           Demam boleh jadi amat bermanfaat bagi tubuh melebihi ubat. Demam sehari dan demam ufniyah boleh  memanaskan dan mematangkan unsur yang tidak matang tanpa demam. Selain tiu, demam membuka berbagai sumbatan, terutamanya yang tidak dapat ditembusi ubat pelarut.

          Demam juga membantu menyembuhkan sebahagian besar jenis radang pada mata dengan segera, juga menyembuhkan kelumpuhan otot wajah kerana gangguan teruk pada saraf wajah, hemiplegia, kelumpuhan yang menyerang pada satu sisi tubuh, kekejangan dan beberapa penyakit lain yang diakibatkan oleh kotoran berat dalam tubuh.

          Sebahagian doktor merasa lega ketika tubuh pesakitnya mengalami demam tinggi kerana ini menandakan pesakit akan segera sembuh dari penyakitnya. Ini kerana dalam beberapa kes, demam lebih berkesan dibandingkan dengan memberi ubat, kerana dengan mematangkan unsur seperti ini maka ubat dapat menyentuhnya dan mengeluarkannya dari tubuh. Dengan demikian, demam boleh menyembuhkan.

          Jika demikian, maka hadis tersebut membincangkan mengenai jenis demam simtomatik yang boleh diredakan dengan merendamkan badan ke dalam air sejuk atau meminum air sejuk. Pesakit tidak memerlukan ubat lain keran jenis demam seperti ini berlaku keran unsur panas yang menjadi sebati dengan tubuh. Ketika unsur dingin masuk, panas yang dihasilkan demam akan hilang tanpa perlu membersihkan campuran unsur apa pun atau tanpa perlu menunggu unsur ini menjadi matang. Tetapi ada kemungkinan hadis ini merangkumi jenis demam yang lain.

          Seorang doktor ternama, Galenus mengakui bahawa air sejuk membantu meredakan jenis demam seperti ini. Dia menyatakan dalam artikel ke sepuluh dari bukunya, Healing Methods (Tips Sembuh), "Jika seorang yang muda,sihat dan tidak ada pembengkakan dalam tubuhnya, mandi di dalam air yang dingin atau berenang di dalam air yang dingin, maka dia akan memeperolehi manfaat." Dia juga menyatakan bahawa dirinya sentiasa memberi preskripsi rawatan ini.

          Ar-Razi berkata dalam kitabnya yang berjudul Al-Kabir, "Jika kekuatan tubuh normal, tetapi demam amat teruk dan kematangan (dari unsur yang merugikan) kelihatan jelas, meskipun tidak ada pembengkakan dalam tubuh atau suatu jenis hernia, maka meminum air sejuk amat bermanfaat. Jika pesakit bertubuh gemuk, udara panas dan dia biasa mandi air sejuk, maka bolehlah dia melakukannya."

         Sabda Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa demam berasal dari wap neraka jahanam di atas mengandungi dua aspek :

  1. Demam merupakan panas yang diambil dari neraka Jahanam agar para hamba Allah menjadikannya indikasa neraka sehingga dapat mengambil pelajaran. Untuk itu, Allah telah menciptakan alasan dan penyebab munculnya demam. Demikian juga kesenangan, kegembiraan, kenikmatan dan keriangan hati adalah sebahagian dari kebahagiaan syurgawi yang Allah tunjukkan di dunia sebagai pelajaran dan indikasi wujudnya syurga. Allah membenarkan perasaan seperti itu kerana alasan yang perlu.
  1. Hadis tersebut menyamakan panasnya demam dengan gejolak panas api neraka yang dahsyat, agar hati dan fikiran kita dapat membayangkan dahsyatnya seksaan dan panas neraka.
         Al-Hamasyi berkata :
"Kalaulah aku mendapat gejolak cinta berkobar di dalam hati, aku akan berlari menyejukkan diri dengan sumber air desaku. Jika aku dapat memadamkan panas diri dengan air sungaiku, siapa yang akan menyalakan api di atas loggokan sampah berdebu."

          Air yang dimaksudkan dalm sabda Rasulullah SAw "Dinginkanlah demam dengan air" adalah semua jenis air dan inilah pendapat yang betul. Pendapat lain menyatakan bahawa air dalam hadis tersebut adalah air zam zam. Para pentokong pendapat ini menggunakan bukti yang diriwayatkan Bukhari dalam Sahih-nya bahawa Abu Jamrah, Nasr bin 'Imran Adh-Dhuba'i berkata, "Saya berada di hadapan Ibnu 'Abbas di Mekah sehingga satu hari. Lalu, saya diserang demam. Dia berkata, "Dinginkanlah dengan air zam zam keran Rasulullah SAW bersabda. "Sesungguhnya demam berasal dari api neraka Jahanam. Oleh itu, dinginkanlah dengan air" atau (beliau berkata) "...dengan air zam zam"

          Perawi hadis tersebut ragu-ragu mengenai kata-kata yang tepat dari Rasulullah SAW. Jika tidak, tentu ditegaskan bahawa air yang dimaksudkan Rasulullah SAW ialah air zam zam bagi penduduk Mekah sebab air itulah yang ada. Selain itu, penduduk Mekah boleh menggunaka apa sahaja air yang ada pada mereka.

          Selain itu, terdapat perbezaan pendapat mengenai maksud Rasulullah dalam hadis itu; adakah beliau menyarankan memberi air sebagai sedekah atau benar-benar menggunakannya. Makna yang betul adalah benar-benar menggunakan air. Orang yang fikir bahawa hadis tersebut bermakna memberikan air sebagai sedekah tidak memahami tujuan di sebalik penggunaan air sejuk untuk meredakan demam. Namun, ada baiknya juga penafsiran itu, iaitu balasan sama yang akan diterima dari sedekah itu. Ini kerana orang yang kehausan meminum air sejuk untuk memnuhi dahaganya, Allah menyembuhkan demam dengan air sejuk. namun, maksud hadis tersebut semata-mata bermakna menggunakan air.

          Abu Nu'aim dan yang lainnya berkata, "Jika salah seorang di antara kamu semua menderita demam, siramilah dia dengan air sejuk selama tiga malam berturut-turut sebelum fajar."

          Ibnu Majah dalam Sunan-nya meriwayatkan, Abu Hurairah mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya :
"Demam berasal dari tiupan panas neraka Jahanam, maka hilangkanlah dengan air sejuk"

          Dalam kitab Al-Musnad dan kitab-kitab lain dari hadis oleh Hassan dari Samurah, Nabi SAW bersabda bermaksud :
"Demam adalah satu bahagian dari api. Hilangkan ia dengan air sejuk."

          Jika Nabi SAW diserang demam, beliau juga biasa meminta air sejuk kemudian menuangkannya di atas kepala.

          Diriwayatkan dalam kitab Sunan, Abu Hurairah RA berkata, "Demam dinyatakan di hadapan Rasulullah SAW dan seorang lelaki mengutuknya. Kemudian Rasulullah SAW bersabda. "Janganlah kamu mengutuk demam kerana sesungguhnya demam menghapuskan dosa sebagaimana api membuang karat besi"

          Demam biasanya diikuti dengan berpantang mengambil makanan yang buruk dan bimbingan mengambil makanan dan ubat-ubatan yang bermanfaat. Tubuh pesakit akan dibersihkan dari seluruh kekotoran serta unsur dan bahan yang merugikan. Demam mepunyai kesan pembersih yang sama seperti api mebuang karat besi. Manfaat demam amat diketahui dalam kalangan pakar kesihatan.

          Mengenai membersihkan hati dari penyakit dan kotoran, hanya para doktor rawatan hati yang mempunyai laluan pada pengetahuan ini. Mereka mendapati apa yang Rasulullah SAW katakan merupakan kebenaran yang jelas. Namu jika penyakit hati menjadi kronik, maka harapan untuk menyembuhkan penyakit itu menjadi berkurangan.

          Dengan demikian, demam membantu tubuh dan jiwa. Oleh keran itu, mengecam perkara yang amat bermanfaat merupakan perbuatan yang zalim.

          Abu Hurairah RA berkata, "Tidak ada penyakit yang menimpaku yang lebih aku sukai selain demam. Ini kerana demam meresapi setiap organ tubuhku dan Allah menganugerahi setiap organ dengan pahala yang setimpal."

          Diriwayatkan oleh Tirmizi dalam kitab Jami'nya berkata, "Apabila seorang di kalangan kamu semua diserang demam-sedangkan demam itu, adalah percikan api neraka- hendaklah dia memadamkan demam dengan air sejuk atau berendam di sungai yang mengalir. Sebaiknya dia mandi sesudah fajar, sebelum terbit matahari. Hendaklah dia membaca :
"Dengan nama-Mu ya Allah, sembuhkanlah penyakit hamba-Mu ini dan luruskanlah petunjuk Rasul-Mu"

          Lalu berendam sebanyak tiga kali selama tiga hari berturut-turut. Jika sembuh, Alhamdulillah. Apabila belum sembuh juga, sehingga tujuh hari. Umumnya tidak pernah lebih tujuh hari dengan izin Allah.

          Ini kerana penggunaan air sejuk untuk meredakan demam pada musim panas di wilayah beriklim panas amat bermanfaat. Lebih baik lagi jika air itu jauh dari dijamah sinar matahari menjelang fajar (pada keadaan paling dinginnya). Tambahan pula, sebelum fajar tubuh manusia berada pada keadaan paling kuat kerana telah tidur, rehatnya cukup dan pencemaran udara masih rendah. Kekuatan tubuh akan menambah kekuatan ubat (dalam perkara air ini) untuk meredakan demam yang tidak diakibatkan oleh tumor,unsur,atau keadaan yang boleh merosakkan tubuh. Oleh tiu, dengan izin-Nya, Allah akan meredakan panas demam.
"Tidak ada bekas yang lebih buruk yang dipenuhi oleh seorang manusia selain perutnya. Dia sebenarnya hanya memerlukan beberapa suap untuk meneruskan hidupnya. Oleh kerana itu, peut perlu dibahagikan kepada tiga bahagian ; sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga untuk udara." (HR. Tirmizi, Ibnu Majah, Hakim dan Ibnu Hibban)

No comments: