Friday 28 March 2014

Mengubati Cirit-Birit

Diriwayatkan dalam sahih Bukhari Muslim dari Abul Mutawakkil dari Abu Sa'id al-Khudri RA berkata. "Seorang lelaki menemui Rasulullah SAw dan berkata, 'Saudaraku mengeluh sakit perut' (dalam riwayat lain, mengeluh cirit-birit). Rasulullah SAW bersabda 'Berilah dia madu.' Lelaki itu pergi tetapi tidak lama kemudian datang lagi sambil berkata. 'Saya telah memberinya madu, tetapi tidak membantunya (dalam riwayat lain dikatakan. 'Sakitnya malah bertambah buruk)'. Dia mengulanginya sebanyak dua atau tiga kali, sementara itu Rasulullah SAW tetap mengatakan kepadanya, 'Berilah dia madu'. Pada kali ketiga atau keempat, Rasulullah SAW bersabda, 'Allah benar, perut saudaramu itu bohong'.

Madu mempunyai khasiat luar biasa kerana membersihkan unsur merugikan yang mungkin berkumpul dalam pembuluh darah dan usus. Madu juga melarutkan kelembapan yang berlebihan. Sebagai minuman dan ubat luar, madu amat bermanfaat bagi warga emas, orang yang menderita betuk berkahak dan yang metabolismenya lembab dan dingin. Unsur yang dihasilkan lebah ini kandungan nutrisinya tinggi, melancarkan buang air besar dan pengawet yang baik. Khasiat lain madu lebah ialah mengurangkan rasa pahit ubat-ubatan, membersihkan hati dan dada, melancarkan buang air kecil dan melarutkan kahak yang disertai batuk. Meminum madu hangat yang dicampur dengan minyak mawar boleh menyembuhkan gigitan haiwan berbisa. Madu yang dicampur dengan air juga boleh membantu mengatasi gigitan anjing gila dan meneutralkan kesan mengambil cendawan beracun.

Sebagai pengawet, madu adalah pengawet sejati. Daging segar yang diawetkan dalam madu boleh bertahan sehingga tiga bulan. Demikian juga labu manis, timun dan terung boleh diawetkan menggunakan madu. Beberapa buah segar boleh diawetkan dengan madu sehingga enam bulan. Jenazah juga boleh diawetkan dengna madu.

Orang yang dijangkiti serangan parasitik juga boleh memanfaatkan madu keran madu mampu membunuh serangga parasitik dan telurnya. Madu juga berkhasiat menambah kelembutan dan kecantikan rambut meskipun dibiarkan tumbuh lebih panjang. Jika digunakan sebagai celak, madu boleh menguatkan pandangan mata. Madu boleh memutihkan gigi, memelihara kesihatan gigi dan gusi, membuka lubang pembuluh darah yang menyebabkan aliran haid. Mengambil madu semasa perut kosong boleh membantu tubuh bebas dari lendir dan kahak. Madu membersihkan dan membebaskan perut dari unsur atau kombinasi yang merugikan, sedikit memanaskan perut dan membuka pori-pori. Madu mempunyai kesan pada ginjal, prostat dan hati. Madu merupakan unsur manis yang memberi kesan amat kecil untuk mengganggu fungsi hati dan ginjal.

Madu tidak mempunyai kesan sampingan dan tidak merugikan kecuali bagi orang yang mempunyai masalah dengan hempedunya. Apabila pesakit hempedu mahu mengambil madu, dia perlu mencampurkannya dengan cuka untuk meneutralkan kesan buruknya.

Madu boleh diambil sebagai makanan, minuman, manisan, ubat, penyegar dan ubat luar. Nilai perubatan madu cukup banyak. Oleh keran itu, tidak ada unsur lain yang lebih bermanfaat daripada madu. Unsur lain tidak dapat menyaingi nilai madu. Inilah sebabnya orang dahulu bergantung pada madu. Perkara ini dapat dilihat pada buku zaman dahulu yang tidak menyatakan gula sebagaiman buku perubatan moden.

Rasulullah SAW biasa meminum madu yang dicaptur air semasa perut kosong. Ada rahsia mengagumkan di sebalik amalan ini berkaitan memelihara kesihatan. Orang yang mempunayi pemahaman mendalam akan mampu mengetahu rahsia tersebut. Kami akan menjelaskan masalah ini lagi ketika membahaskan panduan Rasulullah mengenai memelihara kesihatan yang baik.

Dalam Sunan Ibnu Majah diriwayatkan sebuah hadis dari Abu Hurairah RA mafhumnya :
"Sesiapa meminum tiga sudu madu dalam tiga pagi sahaja pada setiap bulan, maka dia tidak akan mendapat penyakit."

Satu hadis lain yang masih dalm riwayat Ibnu Majah menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda  mafhumnya :
"Manfaatkanlah dua jenis penyembuhan; madu dan Al-Quran"

Hadis ini menggabungkan penyembuhan jasmaniah dan ilahiyah, ubat bagi tubuh dan jiwa, ubat duniawi dan samawi. Dengan asas fakta ini, mari kita kembali kepada orang yang diberi preskripsi madu oleh Rasulullah untuk menyembuhkan cirit-biritnya akibat makan berlebihan. Rasulullah SAW memberikan preskripsi madu kepadanya untuk membersihkan perut dan usunya dari pengumpulan unsur atau kotoran merugikan yang menghalang proses pencernaan makanan di dalam perut, kerana madu mempunyai kesan pembersih. Insur berbahaya mirip napkin yang melekat pada dinding perut, mengotori perut dan makanan. Madu membuang unsur tersebut dan ini merupakan penyembuhan terbaik. Madu merupakan pembersih yang berpotensi dan berkesan mengubati kes cirit-birit, terutamanya madu dicampur dengan air panas.

Rasulullah SAW mengulangi perintahnya kepada lelaki itu agar memberikan madu kepada saudaranya yang sakit kerana alasan yang kuat. Ubat yang diberikan perlu dalam dos yang cukup, jika tidak, penyakit tidak akan sembuh sepenuhnya. Sebaliknya, ubat yang diberikan melebihi dos yang diperlukan akan melemahkan tubuh dan memberi kesan sampingan. Ketika pertama kali Rasulullah SAW menyuruh lelaki itu memberikan madu kepada saudaranya, dia belum memberikan jumlah yang cukup untuk menyembuhkan keadaan pesakit. Nabi berkali-kali mengatakan kepada lelaki itu agar memberikan madu lagi kepada saudaranya sehingga dosnya cukup. Jika pesakit mengambil madu dengan dos yang cukup untuk memerangi penyakit, dengan izin Allah, akan sembuh. Memberi ubat dengan dos yang tepat merupakan formula paling penting dalam ilmu perubatan.

Kenyataan Rasulullah SAW, "Allah berkata benar dan perut saudaramu berbohong" menunjukkan bahawa penyakit itu belum sembuh bukan kerana ubat yang diberikan tidak berkesan, tetapi perut pesakit mengandungi unsur yang buruk. Oleh kerana itu, Rasulullah SAW menyuruh lelaki itu agar (saudaranya yang sakit) mengambil ubat lagi kerana perutnya mengandungi unsur buruk dalam jumlah yang berlebihan. Ubat Rasulullah SAW tidak sama dengan ubat yang diberikan oleh para doktor dan perubatan pada umumnya.

Ubat Rasulullah adalah rawatan dan penyembuhan berkesan yang berasal dari wahyu dan panduan Rasulullah SAW selari dengan fikiran logik dan sempurna. Sebaliknya, sebahagian besar ubat yang diberikan dalam rawatan perubatan selain Rasulullah SAW berdasarkan hipotesis, pemerhatian dan eksperimen.

Sebahagian besar orang yang tidak dapat merasakan manfaat dari ubat Rasulullah adalah ubat tersebut hanya akan bermanfaat bagi orang yang mengakui dan meyakininya. Ini keran percaya bahawa ubat tersebut akan menolong, mereka pun bergantung padanya. Jika Al-Quran yang merupakan ubat bagi penyakit apapun yang terdapat dalam hati manusia, tidak diakui dan diterima dengan penuh keyakinan, maka Al-Quran tidaka akan menyembuhkan hati manusia. Bahkan Al-Quran hanya akan menambah penyakit pada hati orang munafik.

Ubat Rasulullah Hanya sesuai bagi tubuh yang baik dan bersih, sebagaiman Al-Quran yang sesuai bagi jiwa orang yang soleh dan hati yang peka. Oleh kerana itu, mengabaikan ubat Rasulullah SAw bermakna mengabaikan bantuan dan petunjuk Al-Quran, yang merupakan ubat yang berkesan. Dengan demikian, jika ubat tersebut (Al-Quran dan ubat Rasulullah) tidak mujarab, maka perkara itu lebih disebabkan keadaan tubuh yang negatif, jiwa yang tidak sesuai untuk menerima ubat dan bukan kerana ubat tidak berfungsi. Semoga Allah memberi taufik-Nya.

No comments: